Thursday, January 13, 2011

DESTINASI KE DESTINASI

Ikuti kisah pengembaraan Jihan ke destinasi- destinasi bersejarah dengan aktiviti-aktiviti yang mencabar di merata negeri. Antara negeri yang di lawati Sabah, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Perak dan Selangor.

menuju puncak gunung kinabalu :)
SABAH ~ Kali ini dalam episode pertama Destinasi Ke Destinasi akan bekunjung di Negeri Di Bawah Bayu Sabah. Destinasi yang di pilih ialah Gunung Kinabalu. Episod ini akan memaparkan pendakian Jihan bersama Renjer mendaki Gunung Kinabalu tersebut. Selain dapat membuat aktiviti yang mencabar, sejarah dan kebudayaan masyarakat di Sabah juga dapat di ketengahkan. Antara aktiviti yang di paparkan, pendakian gunung, terapi ikan, air panas Poring dan melawat ke Gua Kipungit.

ENDAU ROMPIN ~ Jihan meneruskan destinasi kedua ke Endau Rompin Johor pula. Episod ini akan memamparkan kegigihan Jihan menerokai Hutan untuk sampai ke Destinasi utama. Antara aktiviti yang di buat di Endau Rompin seperti berkayak, berjalan dalam hutan waktu malam untuk lihat binatang dan bermain dengan kelah di Tasik Air Biru.

GUNUNG LEDANG ~ Destinasi seterusnya ke Gunung Ledang pula. Seperti kita sedia maklum, Gunung Ledang terkenal dengan kisah sejarah Puteri Gunung ledang. Episod ini akan memaparkan serba sedikit sejarah dan tidak semua pengunjung tahu di sini juga terdapat aktiviti menarik dan mencabar. Antara aktiviti yang menjadi tarikan seperti Paint Ball dalam hutan, flying fox, light trap dan pendakian ke Gunung Ledang.

PULAU DAYANG ~ Setiap lokasi menjanjikan destinasi-destinasi yang sangat menarik. Destinasi seterusnya ke Pulau Dayang pula, dan mungkin kurang ramai yang tidak tahu kewujudan Pulau Dayang kerana pulau Dayang ini terletak dalam kawasan Pulau Aur, dan ramai yang mengenali Pulau Aur sahaja. Di episode ini kita akan dapat lihat, keindahan pulau semula jadi dengan air yang kebiru-biruan dan dari atas kapal dapat lihat bangkai kapal di dalam Pulau itu. Antara aktiviti yang akan di paparkan ialah mengelilingi pulau, snorkeling, memancing dan barbeque.

i naik gajah ye :p
KUALA GANDAH ~ Dari Johor Jihan meneruskan penggambaraan ke Pahang pula. Destinasi yang di maksudkan ialah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan. Seperti yang kita sedia maklum, di Krau Wildlife merupakan pusat pemuliharaan gajah-gajah liar. Di sini bukan sahaja tempat penjagaan gajah, malah banyak aktiviti yang boleh di lakukan bersama Gajah. Antara aktiviti yang di pamerkan aktiviti memberi gajah makan serta penjagaannya, mandi bersama gajah dan persembahan gajah. Aktiviti sampingan yang akan di muatkan dalam episode ini ialah tarian sewang, dimana Jihan akan belajar menari Sewang bersama orang ali di situ.

TAMAN NEGARA MERAPOH ~ 1 lagi destinasi menarik di Pahang yang menjadi pilihan dalam program ini, di Taman Negara Merapuh. Lokasi Merapuh merupakan tempat di mana jalan singkat untuk menaiki gunung Tahan, selain menjadi tempat pendakian jangka pendek, di Taman Negara Merapuh juga destinasi memaparkan beberapa aktiviti yang luar biasa, iaitu menerokai hutan di Rentas Palas menara seraya, Bumbun harimau, sanctuary ikan kelah dan berkenu.

TASIK KENYIR ~ Setelah banyak aktiviti di habiskan di gunung-gunung, kali ini destinasi ke Terengganu Darul Iman untuk melihat keindahan Tasik Buatan terbesar di Malaysia iaitu Tasik Kenyir. Selain dapat menikmati udara yang segar dan keindahan tasik, di sini juga kita dapat tengok aktiviti yang cukup menarik,antaranya seperti berkayak di tepi tasik, absailing darat dan flying fox, taman herba dan 4x4 merentas hutan.

GUNUNG STONG ~ Kita kembali meneroka gunung setelah merentasi Tasik Kenyir, Gunung yang di maksudkan ialah Gunung Stong. Jihan akan bermalam di sebuah resort yang berdekatan dengan Gunung Stong. Destiansi pertama yang Jehan akan buat, ialah menerokai 3 gua iaitu Gua Pagar, Gua Keris dan Gua Gelap. Hari yang kedua, Jihan akan memulakan pendakian Gunung Stong. Pendakian yang mengambil masa selama 2-3 jam untuk sampai ke Baha Camp, memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat kerana ada 4 selekoh sepnajang pendakian tersebut. Kita berhenti di Baha Camp untuk membuat pelbagai aktiviti yang boleh di buat di situ.Antara aktiviti yang di pamerkan  seperti absailing,repelling.

BUKIT MERAH ~ Setiap episod yang di paparkan semuanya ada keunikan yang tersendiri, kali ini destinasi ke Bukit Merah Lake Town Resort untuk melihat Pulau Orang Utan. Sebelum ke destinasi utama iaitu Pulau Orang Utan, Jihan akan meninjau beberapa aktiviti yang menarik seperti Eco-park dan Waterpark.

anak - anak orang asli kg. chuweh :D
ROYAL BELUM ~ Royal Belum merupakan hutan yang mencecah 130 lebih tahun yang tertua dari Hutan Amazon. Tasik buatan yang kedua terbesar di Malaysia, merupakan Hutan dara yang kurang di lawati oleh pengunjung kerana ingin mengekalkan keaslian alam semula jadi. Pengembaraan selama 3 hari 2 malam, akan membawa anda mengenali Hutan Di Raja Belum dengan lebih dekat. Antara aktiviti yang akan di paparkan dalam episod ini  melawat ke Sg Cuwei untuk melihat kraftangan yang dibuat (sumpit dan tikar), Bunga Rafflesia dan terdapat 3 jenis iaitu Rafflesia Kerrii (sebesar 95cm) Rafflesia Cantleyi (44cm) dan Rafflesia Azlanii (35 cm) yang mengambil sempena nama Sultan Perak Sultan Azlan Shah, dan aktiviti membuat rakit dan berakit ke kg orang Asli Kejar.

WANG KELIAN ~ Uniknya Wang Kelian, adalah pada hari ahadnya kerana pengunjung Malaysia dan pengunjung Thailand dapat melepasi Kastam untuk hari ahad sahaja untuk ke pasar Ahad. Di sini Jihan akan mengembara sambil membeli ole-ole untuk di bawa pulang.Hari kedua, Jehan akan menjelajahi Gua Wang Burma, dimana di Gua Wang Burman kita dapat lihat Stalactite dan stalagmite di Gua tersebut. Episod ini juga akan berkongsi sejarah Gunung Perlis yang merupakan titik tanda permulaan Malaysia. Tempat sampingan yang di pamerkan di sini, ialah Tasik Meranti. 


GUA KELAM ~ Gua Kelam menjadi tarikan destinasi untuk episod kali ini. Sepanjang perjalanan ke Gua Kelam, kita akan pamerkan beberapa aktiviti sampingan seperti Taman Ular dan Buaya, Ladang anggur yang terbesar di Malaysia dan rendaman minyak herba di Taman herba Taman Negeri Perlis. Hari kedua Jihan meneruskan jelajahnya ke Gua Kelam 1 dan Gua Kelam 2 dan disitu kita dapat mengetahui serba sedikit sejarah aktiviti bijih timah yang di jalankan di situ. Keunikan yang pada episod ini ialah ada seorang pendulang bijih timah yang masih melakukan aktiviti mendulang, akan menunjukkan demontrasi mendulang pada zaman dahulu kala.


KUALA KUBU BARU ~ Pengembaraan terakhir Jihan ialah di Kuala Kubu Baru. Kuala Kubu Bharu merupakan tempat di bawah jagaan Majlis Daerah negeri Selangor. Antara aktiviti yang di paparkan dalam episod ini ialah Kolam Air Panas Hulu Tamu, 4x4rd air dan darat yang berlumpuh, spa, strawberry Park dan  white water rafting.
white water rafting terbaek hanya di sg.selangor!
~ selamat menonton dan selamat tahun baru 2011 ~


PEACE::ONELOVE::JIHAN

No comments:

Post a Comment

my lovely groovy dancing girl