Saturday, January 22, 2011

NYARIS MAUT DI LOKASI - BERITA HARIAN 23 JAN 2011

Klik: Nyaris maut di lokasi Oleh Zul Husni Abdul Hamid



MELIHAT tubuh kecil serta perwatakan genitnya, pasti ramai tidak menyangka gadis periang ini sebenarnya seorang yang lasak dan berani mencuba aktiviti mencabar. Keinginan itu direalisasikan sepenuhnya oleh Nuur Jihan Musa atau Jihan, 28, apabila dipelawa menjadi hos program, Destinasi Ke Destinasi siaran Astro Prima. 

Hati naib juara Raja Lawak musim ketiga ini berbunga mekar tatkala lamaran itu datang. Umpama orang mengantuk disorong bantal, kesempatan itu dimanfaatkan Jihan untuk meneroka pelbagai aktiviti lasak yang menyeronokkan. Tidak pernah sesekali dia menyangka, Destinasi Ke Destinasi sebenarnya menuntut kudrat luar biasa daripada tubuh kecilnya untuk berdepan situasi di luar jangkaan.


Dua insiden itu berlaku ketika mereka bertungkus lumus menyempurnakan penggambaran di kaki Gunung Kinabalu, Sabah dan Pulau Dayang, Johor. Kebetulan ketika penggambaran di dua lokasi itu berlangsung, keadaan cuaca tidak menentu membuatkan mereka terpaksa bergelut dengan pelbagai kesulitan. 

Kata Jihan, pengalaman pertama yang mendebarkan berlaku ketika mereka menuruni Gunung Kinabalu dalam hujan lebat. 

Tanpa disangka, perjalanan yang pada awalnya bermula lancar bertukar menjadi sebuah pengalaman yang hampir menagih nyawanya. 

Hujan lebat menyebabkan aliran air deras berlari laju membuatkan mereka terpaksa berpaut pada pokok supaya tidak hanyut dibawa arus. 
“Ketika di Pulau Dayang pula, saya nampak awan hitam berarak pantas di belakang kami. Laut bergelora ganas disertai ribut kencang menyebabkan perjalanan mengambil masa lebih panjang. Ketika itu, saya cuma mampu berserah kepada Tuhan. Tiada lain yang terlintas di fikiran kecuali mati. Dalam ketakutan itu, saya tenangkan diri dengan mengucap dua kalimah syahadah dan membaca ayat suci al-Quran berulang kali. 

“Alhamdulillah, semua kesulitan itu dapat kami atasi tanpa berlaku sebarang kejadian buruk. Bila diimbas semula semua pengalaman itu, saya berterima kasih kepada Tuhan kerana berpeluang merasainya. Saya tidak menyesal biarpun terpaksa bertarung nyawa kerana semua itu membuatkan saya lebih menghargai kehidupan ini,” kata gadis itu merungkai satu persatu pengalaman mendebarkan yang dilaluinya. 

Akui Jihan, sepanjang penggambaran Destinasi Ke Destinasi dia mendesak diri untuk menakluk perasaan takut yang menyelubungi kerana ingin memberikan yang terbaik kepada khalayak. Dia memujuk diri dengan berkata, jika tidak dicuba segala aktiviti yang terbentang di depan matanya, entah bila kesempatan berharga itu akan kembali bertandang. Dedah Jihan, dia sebenarnya takut berada di tempat tinggi selain rimas apabila melihat pacat berkeliaran. Tetapi kerana Destinasi Ke Destinasi, semua ketakutan itu berjaya ditawannya. 

“Saya redah semuanya kerana penerbit mahukan program ini nampak realistik dan tidak dibuat-buat. Jangan ditanya apa perasaan saya ketika itu tetapi inilah masanya untuk saya mencuba aktiviti lasak seperti itu,” katanya. 

Aktiviti lasak yang dicuba Jihan sepanjang program itu seperti abseiling, repelling, water rafting dan memandu pacuan empat roda merentasi arus deras. 

“Ketika melakukan aktiviti water rafting, badan saya mengalami luka teruk apabila bot terbalik dan tubuh saya melekat di celah ranting dalam arus deras sungai. Saya membiarkan saja tubuh hanyut dibawa arus dan cuma melindungi muka supaya tidak cedera. Memang takut tetapi apabila selesai tugasan itu, saya menemui kepuasan yang sukar untuk digambarkan. Jujurnya program ini menuntut kekuatan stamina yang luar biasa. Namun kerana minat selain cinta kepada alam sekitar, saya terima pengalaman ini sebagai cabaran untuk menguji kekuatan diri,” katanya mengakui ada beberapa episod dirakamkan ketika umat Islam menyambut kemuliaan Ramadan. 

“Program ini mengajar supaya menghargai alam dan menjaga anugerah Tuhan untuk diwarisi generasi akan datang kerana mereka juga berhak menikmati kekayaan dan khazanah alam semula jadi Malaysia,” katanya. 

Belum mahu berhenti kerja 

BARANGKALI kerjaya seninya semakin menyinar namun Jihan tetap setia dengan jawatan tetapnya sebagai Juruteknik Bangunan di Majlis Bandaraya Shah Alam. Jihan akui, dia belum bersedia meletak jawatan kerana masih memerlukan dahan teguh untuk berpaut sekali pun rezekinya dalam bidang seni mula terbuka. 

Untuk penggambaran Destinasi Ke Destinasi, Jihan mengambil cuti tanpa gaji selama dua bulan kerana enggan menolak peluang berharga itu. 

“Saya cepat bosan jika tidak bekerja. Jika diikutkan memang saya ralat kerana ada juga beberapa tawaran menarik terpaksa dilepaskan tetapi saya belum berani meletakkan jawatan. Tuhan mempunyai rencana-Nya sendiri. Apabila tiba masa dan karier seni saya juga stabil, baru saya berani berfikir lanjut untuk sepenuh masa menjadi anak seni,” katanya. 

Ketika ini, anak kelahiran Shah Alam, Selangor itu aktif menerima tawaran berlakon dan sesekali turut diundang sebagai pengacara majlis. 

Cuma kata Jihan, kebanyakan tawaran yang datang menjurus kepada watak komedi. Namun sebagai pelakon, dia ingin mempelbagaikan karakter kerana percaya mampu melakukannya. 

“Saya belum bosan berlakon komedi. Memang membawakan watak komedi lebih santai dan bebas tetapi saya ingin sekali memainkan peranan serius. 
Bagaimanapun, jika terus diberikan watak komedi saya tidak mampu menolak. Komedi sebenarnya menuntut sesuatu yang baru dan segar, selain banyak membaca untuk mencari idea yang relevan dengan situasi semasa,” katanya. 

JIHAN CARI BEZA - METRO AHAD 23 JAN 2011

"Jihan cari beza "

Oleh MURSHID EUNOS murshid@hmetro.com.my 

LAHIR daripada pentas pertaruhan bintang komedi membuatkan Nuur Jihan Musa sukar melarikan diri daripada terus dipalit identiti jenaka yang melekat padanya. Bersandar pada pengiktirafan sebagai naib juara Raja Lawak musim ketiga, Jihan semakin payah mencuba emosi berbeza.

Meskipun punya latar ilmu lakonan yang diterokainya ketika menuntut di gelanggang teater, gadis peramah berusia 27 tahun ini masih menagih tawaran yang memberi sesuatu yang berbeza bagi membuktikan dirinya bukan sekadar pelawak.

Enggan menyifatkan senario yang menghimpitnya mengundang kecewa, sebaliknya anak kelahiran Shah Alam, Selangor ini akan terus berusaha mencari kepercayaan pihak produksi.

Meninjau penggambaran program pengembaraan terbaru, Destinasi Ke Destinasi yang dikendalikannya baru-baru ini membuka peluang kepadanya untuk meluahkan rasa yang sudah lama bersarang di jiwa.

Tidak merungut, sebaliknya Jihan hanya berkongsi impian yang dipasangnya bagi menembusi sebuah fasa baru dalam lapangan lakonan.

“Alhamdulillah, peluang diberi pihak Astro khususnya tidak pernah henti sejak saya beraksi di pentas akhir Raja Lawak dua tahun lalu. Ada saja tawaran kepada saya, baik dalam lakonan mahupun pengacaraan.


“Saya sentiasa bersyukur kerana setidak-tidaknya penyokong yang pernah mengundi saya dulu masih berpeluang melihat kerja seni saya di kaca televisyen.


“Bagaimanapun, sebagai insan yang memang minat kepada bidang ini, ada kalanya timbul pula bimbang kerana peluang yang datang buat saya hanya sama iaitu komedi.


“Jujurnya sudah lama saya mengikuti ilmu teater dan banyak kali di pentas teater. Justeru, apabila menang di Raja Lawak dan identiti itu terus melekat kepada saya, ia bagai satu stigma yang sukar dikikis.

“Saya sangat mengharapkan ada pihak percaya akan kredibiliti saya. Tidak hanya berlawak atau menzahirkan watak komedi, saya sebenarnya mampu melakukan sesuatu yang melangkaui imaginasi ramai pihak.


“Saya impikan watak serius yang lebih banyak menuntut permainan emosi. Itu lebih mencabar serta memberi saya dimensi baru sebagai pelakon yang masih bertatih mencari tapak.


“Namun saya percaya rezeki itu belum datang lagi. Mungkin jika diberi ruang, saya mampu merealisasikan sesuatu yang diharapkan,” katanya.

Anak kedua daripada empat beradik yang masih bekerja sepenuh masa sebagai Juruteknik Bangunan di Majlis Bandaraya Shah Alam ini menjadikan lontaran emosi serta watak pergelutan perasaan sebagai kiblat lakonannya.

Jelasnya, pelakon komedi adalah pemain wayang terbaik yang sukar dipertikai corak penyampaiannya.

“Walaupun mengharapkan ada pihak memberi skrip yang tidak lagi menuntut jenaka, saya tetap melihat seseorang anak seni yang bijak melontar jenaka hingga mampu mengundang gelak tawa penonton sebagai insan luar biasa. Bukan mudah untuk menjadi pelawak yang bisa menceriakan sesebuah drama atau program televisyen.


“Saya sendiri umpamanya, perlu sentiasa prihatin terhadap apa saja berita atau kejadian yang berlaku kerana mana yang relevan, ia masih rasional diangkat sebagai modal jenaka. Jika saya asyik mengulang jenaka sama, penonton akan bosan.


“Justeru resipinya adalah banyak duduk berborak dengan sesiapa saja,” selorohnya.

Menyentuh lapangan pengacaraan, Jihan yang mengakui sukar membahagikan masa penggambaran menyifatkan Destinasi Ke Destinasi sebagai platform yang mungkin melebarkan lagi sayap seninya.

Mengangkat konsep pengembaraan ke lokasi menarik seluruh Malaysia dengan gaya persembahan santai dan bersahaja, program 13 episod yang ditayangkan setiap Ahad jam 6.30 petang di Astro Prima (Saluran 105) sejak 9 Januari lalu memberi sepenuh kebebasan kepada graduan jurusan Kejuruteraan ini menyuntik identitinya sendiri.

“Saya sekali lagi bersyukur kerana pihak Astro Prima percaya dengan karakter selamba saya untuk disuntik sebagai pengantara program penjelajahan ini. Saya sangat gembira kerana berpeluang mengalih sedikit tekanan dengan mengenali tempat orang.


“Bayangkan, sepanjang lebih kurang dua bulan setengah saya bersama produksi menjelajah seribu satu keindahan tropika serta alam hijau Malaysia, saya diberi mandat yang mencabar kredibiliti saya sebagai pengacara.


“Walaupun masih baru, saya perlu menggalas tanggungjawab dengan sempurna seperti menyalurkan seberapa banyak maklumat dan gambaran jelas mengenai lokasi dilawati.


“Saya berpeluang melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti mendaki gunung, berkayak merempuh arus deras, bermesra dengan hidupan liar dan menyusur gua gelap,” katanya.

Destinasi Ke Destinasi turut merakam beberapa lokasi menarik termasuk Gunung Kinabalu, Gunung Ledang, Taman Negara Merapoh, Endau Rompin, Pulau Dayang di Mersing, Tasik Kenyir, Bukit Merah, Gua Kelam, Gunung Stong, Hutan Belum, Wang Kelian di Perlis serta Kuala Kubu Baru.


**terima kasih buat saudara Murshid Eunos wartawan pintar atas hasil tulisannya untuk melahirkan rasa hati ini ke dalam keratan akhbar di hujung minggu ini.. saya gembira :)

Monday, January 17, 2011

PRESS CONFERENCE "DKD"

Salam 1 Malaysia buat semua followers kakak Jihan.. :)
Kakak cukup berbangga dengan pengikut kakak yang seramai 10 orang tu.. :)
Sekurang-kurangnya masih ada yang sayang gitu.. walaupun kakak ni 'warm-warm nail' kata kawan-kawan.. tak kisah la kan.. :p


Saje nak cite kat sini la kan.. sebelum orang kata ce cite ce cite baik kakak mula dulu.. Ok hari sabtu baru ni 15hb Jan kakak bersama rombongan press & pihak Astro telah ke Pahang untuk Press Conference program travelogue kakak tu yang kat Astro Prima tu "Destinasi ke Destinasi". Jadi boss Astro Prima Mr. Nizam Sani dah pilih Kuala Gandah tempat gajah tu sebagai lokasi untuk PC.. yeayyy boleh la jumpe gajah-gajah yang kakak dah anggap macam keluarga kakak sendiri tu.. rindunye kat semua.. :)


Seawal 7.30 pagi la si Joyah (producer DKD, FM Production) dah tersembul depan rumah kakak dengan saga BLM biru laut dia tu. So kitorang terus 'speed udang' ke Astro sebab calltime 8 pagi takut la sampai lambat kang dah kene cop tak berdisiplin pulak.. bahaya bahaya.. Alhamdulillah sampai awal la jugak sebab orang Astro sendiri pun tak sampai lagi.. Tengok ade bas persiaran da siap panas enjin depan north entrance Astro tu da agak da mesti naik bas ni punye.. Tapi tak confident la pulak nak naik terus manala tau kan sekali tau-tau da sampai hatyai ke tak pasal je.. So kitorang bertiga (kakak Jihan, Joyah & Mala selaku PI kakak aritu) menunggu la semua sampai untuk pastikan betul ke tak bas tu.. Tak lama lepas tu semua pun ade..mula-mula kakak nampak press,kakak terus stress huhu.. cewah takdelah.. saje je nak main perkataan ujung-ujung sama tu..:p kakak cuba recognize nama-nama press yang ada kat situ..okay kakak nampak murshid dari metro ahad..murshid ni kenal sangat la sebab dia kawan along dari zaman uitm lagi da biasa datang rumah plus pelanggan setia rempeyek umi tiap kali raya.. ok lepas tu kakak nampak zulhusni dari berita harian, opie dari kosmo.. pastu ade beberapa lagi wartawan yang kakak baru jumpa kak mira dari pancaindera & fairuz dari XY.. Team Astro jay & cik chi (ni pun kawan along gak dah jumpa masa raja lawak dulu), jawa, cicie & abby.. And lagi 2 orang dari event company dilla & kim.. Ape lagi perjalanan pun dimulakan dengan breakfast McD set. Nizam Sani memandu sendiri ye :)


Sampai je kat Raub kitorang check-in kat Villa super grand Star Casabrina Vacation Villas & Spa, at the foothills of Bukit Frazier, Tras, Raub Pahang.. Sila ke http://www.casabrinavillas.com untuk maklumat lanjut ye.. :) 

villa casabrina

ini pintu harry porter pegi bilik air :p
Gile super gempak villa ni.. Kalau takde 13-15k untuk tido semalam kat sini jangan mimpi untuk sampai sini ye.. Dengan berkonsepkan ala-ala Bali ternyata villa ni memang terbaik gila babeng punye.. kalau tak takdelah sepasang orang kuwait tu boleh tinggal sampai 6 bulan kat sini (menurut kata owner la).. Makanan sedap, view sangat cantik redup mata memandang hijau bukit bukau dengan kabus menyapa wajah tak kira masa, cuaca pun redup je, tenang sangat.. swimming pool terbaik depan pintu bilik je.. hospitality tip top.. jacuzzi, sauna, bathroom yang sama besar dengan master bedroom rumah mampu milik..i feel so orang kaya okay.. ade banyak lagi gambar tapi intenet cam slow je la ni so korang google je la wesite casabrina ni k and kalau sudi lawati la facebook kakak tengok gambar-gambar kat sini (tapi tak upload pun lagi hehe) :p

So lepas berangan ala-ala orang kaya tu rombongan diteruskan ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.. ha ni lah tempat gajah tu atau nama komersial nya Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan.. konservasi bermaksud pemuliharaan ye adik-adik :) Sampai-sampai je dengan tak sempat nak baca bismillah terus menunggang gajah ye.. Bestnye rindu sangat kat jumbo-jumbo ni.. selaku host program ni kakak pun mainkan peranan la tunjuk terror explain kat ahli rombongan cik kiah ni tentang gajah.. Dalam masa yang sama nak uji ingatan jugak la.. maklumlah ari tu masa first time datang sini adalah dalam 5 bulan lepas kot.. Dapatlah reunion balik dengan si sanom, comel, selendang, siput, pian & lain-lain.. cuma frust tak sempat jumpa lokimala (senior citizen/warga emas).. lokimala baru abis jumpa dengan SUK.. sebab lokimala ni gajah denak yang berasal dari india..umur dah 73 tahun.. kerja dia tolong pujuk gajah liar untuk di bawa ke pusat konservasi ni.. berat mata memandang berat lagi tugas si lokimala ni.. bz betul dia sekarang maklumlah leader kan.. Tapi dapat jugak la kakak jumpa dengan mahut-mahut yang pernah jumpa aritu cuma tak sempat nak jumpe dengan ustazah zaliah & anak-anak orang asli che wong sebab agak rushing waktu tu.. rindu pulak nak menari sewang ala-ala shuffle milikku :p

Okay petang tu sampai je kat villa terus buat Press Conference kat tepi swimming pool.. santai sangat.. selalu nye kakak tau kalau PC je mesti kat Saloma Bistro (tempat standard untuk PC), tak pun mana-mana hotel janji ada makan.. Tapi kali ni sangat relax sambil celup-celup kaki dalam swimming pool lagi.. :D Kakak dengan Mr. boss Nizam Sani diinterview tentang program DKD ni.. masa ni la dapat flash-back balik kenangan-kenangan kakak selama meredah hutan belantara & lautan yang menggila.. memang pengalaman yang terindah sekaligus mengajar kita sebagai manusia untuk menghargai alam sekitar, flora fauna & ekosistem dalam kehidupan kita.. tenangnya lah waktu duduk dalam hutan.. huhu tapi stay terus pun tak boleh jugak banyak lagi tanggungjawab kat luar ni yang perlu dibuat.. tapi andaikata kotaraya ni dah tak perlukan khidmat kakak lagi memang kakak nak duk kat ceruk hutan je paling tidak pun jadi sukarelawan WWF ke, hidupan liar ke.. kan? berangan sangat! :p  

Malam tu berangan lagi jadi orang kaya lagi mandi swimming pool, bersantai-santai dalam bath-tub dengan Mala berpersalinan bath-rob persis Paris Hilton & her BFF new season, bersidai kat kerusi malas sambil bermalas-malasan, berendam kat jacuzzi sambil minum vitagen, berhangat di sauna, makan besar sambil tengok playback DKD episod Kuala Gandah bersama press&crew yang gila-gila dah rasa macam bercuti dengan kawan-kawan je sebab semuanya sangat mesra.. Tapi diorang yang lain tu lagi gila sebab boley layan mandi semua kolam-kolam, pancuran-pancuran, takungan-takungan air sampai 3 pagi.. kakak takdelah nak mandi sampai kecut-kecut camtu baik menikmati katil saiz raja yang empuk macam iklan steamroll gelek tilam tu.. nikmatnye tidur tak terkata.. zzzzz

Keesokan harinya di pagi Ahad yang mendung redup dengan nikmat lena yang tak terhingga, halwa telinga kakak terganggu dengan jeritan alarm si jawa "bangun!bangun!kalau korang tak bangun aku bunuh diri" tapi no respon ye.. tarik selimut tutup muka sudah! tak puas dengan jeritan batinmu dia nyanyi pulak.. lagu alyah tak mungkin kerna sayang ada, lagu adira ku ada kamu pun adoooo.. nyanyilah jawa dekat sejam barulah semuanya siap ala-ala lemah gemalai menuju ke ruang santapan.. breakfast nasi lemak agak cool la sambal dia..eh bukan cool tapi hot & too spicy tapi sodapppp.. tapi macam biasa la kakak makan ala-ala kemam manja gitu maklumlah tak boleh nak kunyah sangat gigi besi kakak ni sensitip..sikit-sikit sakit..mana tak berat badan semakin menurun..sekarang ni berat kakak 40kg je.. sedeh! Okay fast-forward kan cerita lepas makan-makan tu kitorg naik bas menuju ke Jeram BesuCountryview Recreation Park, Pahang. Aktiviti hari ni ialah flying fox & white water rafting..yahooooooo!! adalah best gile bila kita dapat buat aktiviti yang kita suka apetah lagi secara percuma haha :D yang menariknya kali ni kakak dapat buat flying fox ala-ala superman haaaaa di mana harness dipakai secara terbalik so cangkuk kabel tu di bahagian belakang badan.. jadilah superman.. wohoooo terbang menyeberang sungai lipis.. gempak tak gempak la kan.. tapi tengok dalam gambar da macam keluangman la pulak..:p lepas abis 2 round main terbang-terbang main pulak white water rafting.. kakak dah pernah buat dulu di kuala kubu  jadi  takdelah seram sejuk sangat nak buat yang ni.. tapi apepun jangan poyo sebab musibah melanda tanpa amaran kan.. herm okayla jugak rafting kat sini tapi rasanya kuala kubu & sg.sedim lagi mencabar kot.. So aktiviti haritu berakhir dengan kepenatan dan kepuasan.. seronok sebab meriah dengan kawan-kawan press & Astro..:) Tapi ada banyak lagi sebenarnya aktiviti lasak yang ada kat countryview ni cuma tak berkesempatan nak buat semua je.. so kalau korang nak cuba buat aktiviti-aktiviti lasak kat pahang sinilah tempatnya..nak tau lebih lanjut? ha klik je ni http://www.countryviewadventure.com/ okay? :) Dah abis semua baliklah ke kotaraya penuh sesak, noda & dosa.. mudah-mudahan semua kerja diberkati Allah SWT.. amin..

Hari ahad kakak berakhir dengan movie Faster lakonan The Rock.. Nak cite pasal movie ni plak ke? ce cite ce cite.. okay movie tu tak berapa best kakak bagi 3 bintang je la.. plus The Rock nampak berat & tak fast pun.. dan kewujudan watak the killer yang muka macam Hrithik Roshan tu macam tak perlu & tak berapa function pun dalam cerita tu.. kesimpulannya i love my weekend! :) 

Thursday, January 13, 2011

DESTINASI KE DESTINASI

Ikuti kisah pengembaraan Jihan ke destinasi- destinasi bersejarah dengan aktiviti-aktiviti yang mencabar di merata negeri. Antara negeri yang di lawati Sabah, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Perak dan Selangor.

menuju puncak gunung kinabalu :)
SABAH ~ Kali ini dalam episode pertama Destinasi Ke Destinasi akan bekunjung di Negeri Di Bawah Bayu Sabah. Destinasi yang di pilih ialah Gunung Kinabalu. Episod ini akan memaparkan pendakian Jihan bersama Renjer mendaki Gunung Kinabalu tersebut. Selain dapat membuat aktiviti yang mencabar, sejarah dan kebudayaan masyarakat di Sabah juga dapat di ketengahkan. Antara aktiviti yang di paparkan, pendakian gunung, terapi ikan, air panas Poring dan melawat ke Gua Kipungit.

ENDAU ROMPIN ~ Jihan meneruskan destinasi kedua ke Endau Rompin Johor pula. Episod ini akan memamparkan kegigihan Jihan menerokai Hutan untuk sampai ke Destinasi utama. Antara aktiviti yang di buat di Endau Rompin seperti berkayak, berjalan dalam hutan waktu malam untuk lihat binatang dan bermain dengan kelah di Tasik Air Biru.

GUNUNG LEDANG ~ Destinasi seterusnya ke Gunung Ledang pula. Seperti kita sedia maklum, Gunung Ledang terkenal dengan kisah sejarah Puteri Gunung ledang. Episod ini akan memaparkan serba sedikit sejarah dan tidak semua pengunjung tahu di sini juga terdapat aktiviti menarik dan mencabar. Antara aktiviti yang menjadi tarikan seperti Paint Ball dalam hutan, flying fox, light trap dan pendakian ke Gunung Ledang.

PULAU DAYANG ~ Setiap lokasi menjanjikan destinasi-destinasi yang sangat menarik. Destinasi seterusnya ke Pulau Dayang pula, dan mungkin kurang ramai yang tidak tahu kewujudan Pulau Dayang kerana pulau Dayang ini terletak dalam kawasan Pulau Aur, dan ramai yang mengenali Pulau Aur sahaja. Di episode ini kita akan dapat lihat, keindahan pulau semula jadi dengan air yang kebiru-biruan dan dari atas kapal dapat lihat bangkai kapal di dalam Pulau itu. Antara aktiviti yang akan di paparkan ialah mengelilingi pulau, snorkeling, memancing dan barbeque.

i naik gajah ye :p
KUALA GANDAH ~ Dari Johor Jihan meneruskan penggambaraan ke Pahang pula. Destinasi yang di maksudkan ialah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan. Seperti yang kita sedia maklum, di Krau Wildlife merupakan pusat pemuliharaan gajah-gajah liar. Di sini bukan sahaja tempat penjagaan gajah, malah banyak aktiviti yang boleh di lakukan bersama Gajah. Antara aktiviti yang di pamerkan aktiviti memberi gajah makan serta penjagaannya, mandi bersama gajah dan persembahan gajah. Aktiviti sampingan yang akan di muatkan dalam episode ini ialah tarian sewang, dimana Jihan akan belajar menari Sewang bersama orang ali di situ.

TAMAN NEGARA MERAPOH ~ 1 lagi destinasi menarik di Pahang yang menjadi pilihan dalam program ini, di Taman Negara Merapuh. Lokasi Merapuh merupakan tempat di mana jalan singkat untuk menaiki gunung Tahan, selain menjadi tempat pendakian jangka pendek, di Taman Negara Merapuh juga destinasi memaparkan beberapa aktiviti yang luar biasa, iaitu menerokai hutan di Rentas Palas menara seraya, Bumbun harimau, sanctuary ikan kelah dan berkenu.

TASIK KENYIR ~ Setelah banyak aktiviti di habiskan di gunung-gunung, kali ini destinasi ke Terengganu Darul Iman untuk melihat keindahan Tasik Buatan terbesar di Malaysia iaitu Tasik Kenyir. Selain dapat menikmati udara yang segar dan keindahan tasik, di sini juga kita dapat tengok aktiviti yang cukup menarik,antaranya seperti berkayak di tepi tasik, absailing darat dan flying fox, taman herba dan 4x4 merentas hutan.

GUNUNG STONG ~ Kita kembali meneroka gunung setelah merentasi Tasik Kenyir, Gunung yang di maksudkan ialah Gunung Stong. Jihan akan bermalam di sebuah resort yang berdekatan dengan Gunung Stong. Destiansi pertama yang Jehan akan buat, ialah menerokai 3 gua iaitu Gua Pagar, Gua Keris dan Gua Gelap. Hari yang kedua, Jihan akan memulakan pendakian Gunung Stong. Pendakian yang mengambil masa selama 2-3 jam untuk sampai ke Baha Camp, memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat kerana ada 4 selekoh sepnajang pendakian tersebut. Kita berhenti di Baha Camp untuk membuat pelbagai aktiviti yang boleh di buat di situ.Antara aktiviti yang di pamerkan  seperti absailing,repelling.

BUKIT MERAH ~ Setiap episod yang di paparkan semuanya ada keunikan yang tersendiri, kali ini destinasi ke Bukit Merah Lake Town Resort untuk melihat Pulau Orang Utan. Sebelum ke destinasi utama iaitu Pulau Orang Utan, Jihan akan meninjau beberapa aktiviti yang menarik seperti Eco-park dan Waterpark.

anak - anak orang asli kg. chuweh :D
ROYAL BELUM ~ Royal Belum merupakan hutan yang mencecah 130 lebih tahun yang tertua dari Hutan Amazon. Tasik buatan yang kedua terbesar di Malaysia, merupakan Hutan dara yang kurang di lawati oleh pengunjung kerana ingin mengekalkan keaslian alam semula jadi. Pengembaraan selama 3 hari 2 malam, akan membawa anda mengenali Hutan Di Raja Belum dengan lebih dekat. Antara aktiviti yang akan di paparkan dalam episod ini  melawat ke Sg Cuwei untuk melihat kraftangan yang dibuat (sumpit dan tikar), Bunga Rafflesia dan terdapat 3 jenis iaitu Rafflesia Kerrii (sebesar 95cm) Rafflesia Cantleyi (44cm) dan Rafflesia Azlanii (35 cm) yang mengambil sempena nama Sultan Perak Sultan Azlan Shah, dan aktiviti membuat rakit dan berakit ke kg orang Asli Kejar.

WANG KELIAN ~ Uniknya Wang Kelian, adalah pada hari ahadnya kerana pengunjung Malaysia dan pengunjung Thailand dapat melepasi Kastam untuk hari ahad sahaja untuk ke pasar Ahad. Di sini Jihan akan mengembara sambil membeli ole-ole untuk di bawa pulang.Hari kedua, Jehan akan menjelajahi Gua Wang Burma, dimana di Gua Wang Burman kita dapat lihat Stalactite dan stalagmite di Gua tersebut. Episod ini juga akan berkongsi sejarah Gunung Perlis yang merupakan titik tanda permulaan Malaysia. Tempat sampingan yang di pamerkan di sini, ialah Tasik Meranti. 


GUA KELAM ~ Gua Kelam menjadi tarikan destinasi untuk episod kali ini. Sepanjang perjalanan ke Gua Kelam, kita akan pamerkan beberapa aktiviti sampingan seperti Taman Ular dan Buaya, Ladang anggur yang terbesar di Malaysia dan rendaman minyak herba di Taman herba Taman Negeri Perlis. Hari kedua Jihan meneruskan jelajahnya ke Gua Kelam 1 dan Gua Kelam 2 dan disitu kita dapat mengetahui serba sedikit sejarah aktiviti bijih timah yang di jalankan di situ. Keunikan yang pada episod ini ialah ada seorang pendulang bijih timah yang masih melakukan aktiviti mendulang, akan menunjukkan demontrasi mendulang pada zaman dahulu kala.


KUALA KUBU BARU ~ Pengembaraan terakhir Jihan ialah di Kuala Kubu Baru. Kuala Kubu Bharu merupakan tempat di bawah jagaan Majlis Daerah negeri Selangor. Antara aktiviti yang di paparkan dalam episod ini ialah Kolam Air Panas Hulu Tamu, 4x4rd air dan darat yang berlumpuh, spa, strawberry Park dan  white water rafting.
white water rafting terbaek hanya di sg.selangor!
~ selamat menonton dan selamat tahun baru 2011 ~


PEACE::ONELOVE::JIHAN

my lovely groovy dancing girl