Tuesday, January 22, 2013

EZsensasi: Jihan raja lawak tak mahukan lawak basi

EZsensasi: Jihan raja lawak tak mahukan lawak basi:   RISIKONYA menjadi pelakon komedi, segala-galanya perlu seimbang. Jika berjenaka, seseorang itu tidak boleh terlalu ‘over’ kerana bi...

Friday, November 18, 2011

blogging gongging gonggong pfft!

Salam bagi yang belum tidur atau baru bangun untuk solat tahajud atau siap sedia untuk solat subuh.. sekarang jam kat macxy ni 4.44am.. Kite ni dengan tak pernah2 nak update blog tetibe time2 gini lak rasa nak memblog.. Ni semua sebab tak leh lelap lepas buat foot bathing tadi.. Kalau nak  diikutkan dalam diari lampau hidup ku ini aku memang sangat suke menulis.. kecik2 dulu seawal darjah 1 aku da mula ada diari sendiri sampai la usia menginjak dewasa ni macam makin malas menulis.. Banyak tulis dalam kepala je tak dizahirkan pastu dah lupa dah nak tulis ape.. Dulu masa exam2 besar subjek yang tak payah risau langsung adalah BM.. Dan sememangnya karangan/penulisan la yang banyak tolong aku dapat A1 (masa dulu kan ade paper BM1 & BM2.. tak tau la skrg silibus mcmana..) ha tengok kan da mula merapu.. nak cerita ape tadi sebenarnya aku ni??? hmmmmm...

Oh ok.. tadi ade tengok2 blog orang lain.. ramai yang meniaga online.. buat duit melalui blog.. sesunguhnya aku ni insan lemah IT (bukan buta terus cuma lemah je).. Jadi tujuan menulis ni adalah nak bertanya kepada sesiapa yang sudi membaca dan memberitahu dan beri tunjuk ajar kepada ku insan hina ni macamana lah u all buat duit melalui blog? itu je nak tanya... harap ade la yang sudi respon biarpun 1000 tahun lagi.. ok la da mamai.. gudnite.. hehe

Monday, October 3, 2011

AKU, TINAJU DAN KLKU

Kira-kira 6 tahun lalu aku memulakan langkah sebagai órang teater'.. Dan mungkin sudah tertulis aku akan bersama STEFANI.. dan sehingga ke hari ini aku masih bersama tinaju di sanggar ini.. Sedang aku menulis ini adalah hari kedua pementasan Teater Kapsul "KL-Ku" di Stor Teater DBP, KL. Ini juga pementasan ke-6 aku bersama STEFANI juga pementasan pertama selepas berehat selama hampir 3 tahun sejak Teater Malam 7 Drama 7 Duri pada 2008.. Kenapa aku kembali berteater? Di "KL-Ku" ada jawapannya.. Ada harga yang tidak ternilai di dalam naskah ini.. Terima kasih kepada kalian yg senantiasa memberi sokongan dan percaya pada keikhlasan kami berkarya.. Biarlah mereka dan anda yang mengulas hasilnya.. Kami sekadar menghidangkan.. :)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_05.htm

http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/9/28/mstar_hiburan/20110927163437&sec=mstar_hiburan

http://www.thesundaily.my/news/160488

"Korang mesti cakap yang Stefani punya teater agak cikai lah tapi korang yang tak pernah pergi tengok teater dari Stefani ni aku sarankan supaya korang cuba pergi tengok teater dari Stefani ini. Memang tempat yang diadakan tidak segah di Istana Budaya tapi isi yang tersirat di dalam teater yang dilahirkan oleh Stefani pasti tidak mencurigakan sebab apa aku cakap macam tu sebabnya....."- aku dengan duniaku http://www.daydeck86.com/2011/10/teater-kapsul-kl-ku.html

Saturday, March 19, 2011

Bumi Berubah


Bumi berubah
Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my 
2011/03/20




Gempa Jepun ubah landskap, diramal cetus Zaman Ais baru

BELUM pun igauan ngeri tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004 terhapus sepenuhnya, kita dikejutkan sekali lagi kehadiran bencana yang melumpuhkan Jepun dalam sekelip mata, minggu lalu.

Bermula dengan gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter jam 2.46 petang waktu tempatan, tsunami pula menyerang dengan kelajuan kira-kira 800 kilometer sejam dengan ketinggian ombak mencecah 10 meter. Malah ketika rencana ini ditulis, selain berdepan ancaman gempa susulan, Jepun turut dihimpit krisis mengawal kebocoran radiasinya apabila tahapnya 10 kali ganda lebih tinggi daripada biasa, berikutan impak gempa bumi kategori mega itu. Lebih menyayat hati, harapan menemui mangsa yang terselamat terus pudar dengan angka korban dan mereka yang hilang, lebih 12,000 orang.

Namun, hakikatnya, gempa bumi terbesar di Jepun dan kelima terbesar dalam sejarah dunia itu bukan hanya menambah fakta mengenai bencana tetapi turut mengubah landskap dan perjalanan bumi ini. 

Di Jepun saja, gempa itu menyebabkan Kepulauan Honshu, yang juga bahagian paling besar di negara itu, berganjak sehingga 2.4 meter.

Tidak cukup itu, paksi bumi pula menyendeng 25 sentimeter dan mempercepatkan kadar putaran bumi lebih sejuta mikro saat.

Perubahan lain termasuk sejumlah kerak bumi jatuh menjunam ke dalam retakan atau rekahan sepanjang 402 kilometer yang membuka jurang seluas 9.6 kilometer di bawah Lautan Pasifik. Impak ini seperti diakui saintis Itali dan Amerika Syarikat sebagai lebih besar berbanding gempa bumi yang melanda Sumatera, sebelum ini. 
Pakar fizik di City College of New York di Amerika Syarikat, Michio Kaku, pula melontarkan andaian kemungkinan gempa kuat yang mengubah paksi bumi boleh menjadi punca berlakunya Zaman Ais.

“Impak gempa bumi 9.0 dalam kategori mega itu turut menyebabkan pengagihan semula sejumlah besar kerak bumi, memendekkan hari, selain mengubah paksi bumi dan mempercepatkan pusingan. 

“Namun, ketika kepantasan putaran bumi dijangka tidak memberi kesan jangka sederhana atau panjang, perubahan paksi mungkin ada impaknya, termasuk menjadi punca pembentukan Zaman Ais.

“Masih ada perdebatan saintifik mengenai apa yang menyebabkan zaman itu tetapi teori utama ialah gangguan kecil pada paksi bumi ketika ia mengelilingi matahari. Perubahan kecil ini yang menggoyangkan paksi dan mungkin menyebabkan Zaman Ais,” kata Kaku yang dipetik media antarabangsa, baru-baru ini.

Zaman Ais atau tempoh glasier ini berlaku secara tidak tetap sejak lebih dua bilion tahun. Pada zaman Ais, lapisan ais terbentuk di sebahagian besar benua atau muka bumi ini dan biarpun punca sebenar perubahan dunia itu tidak diketahui, ada saintis yang mengaitkannya dengan perubahan putaran bumi.

Selain itu, pakar geofizik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), Richard Goss, pula berkata, perubahan yang menyebabkan putaran bumi pada kadar 1.8 juta setiap saat atau 1.8 mikrosaat, adalah satu isu kekal yang perlu dihadapi manusia sejagat.

Saintis Britain, Bethan Harris, sebaliknya menyifatkan impak itu sememangnya ada tetapi amat minimum.

“Ia kedengaran banyak tetapi kecil berbanding saiz bumi. Perubahan satu darjah paksi bumi bermakna ia bergerak kira-kira 110 kilometer.

“Bagaimanapun, ia tidak berhenti di situ. Bentuk muka bumi Jepun bergerak sebanyak empat meter. Selepas gempa bumi itu, berkemungkinan hari yang kita lalui 1.8 juta sesaat lebih pendek disebabkan perubahan itu.

“Kita dapat melihat perubahan itu dalam purata panjang hari disebabkan perubahan lain di bumi dan atmosfera,” katanya.

Seorang lagi pakar geofizik Barat, Richard Gross, pula berkata paksi Bumi tidak sama dengan paksi utara-selatan di ruang angkasa yang berputar sekali sehari pada kelajuan kira-kira 1,604 kilometer sejam.

Hakikatnya, ini bukan kali pertama gempa bumi besar mengubah tempoh sehari bumi iaitu 24 jam. Malah ia semakin pendek disebabkan gegaran kuat sebelum ini. Buktinya, gempa bumi berukuran 8.8 pada skala Richter di Chile tahun lalu turut meningkatkan putaran bumi dan memendekkan hari kepada 1.26 mikrosaat manakala gempa bumi 9.1 pada skala Richter di Sumatera pada tahun 2004 memendekkan hari kepada 6.8 mikrosaat.

Apa yang membimbangkan, ada kalangan saintis ini turut mendakwa impak gempa bumi di Jepun itu mungkin belum lengkap sepenuhnya kerana gegaran susulan yang lemah turut berupaya mengubah panjang hari. Sekurang-kurangnya 20 gegaran susulan berukuran antara 6.0 pada skala Richter atau lebih dilaporkan berlaku.

Pakar gempa bumi Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat, Dr Daniel McNamara, juga memberi amaran gegaran itu menenggelamkan paras bentuk muka bumi Jepun dan menjadikan sebahagian negara itu kekal di bawah paras laut.

Lima bandar zon gempa

Gempa bumi Jepun minggu lalu turut mendedahkan risiko yang boleh dialami bandar berpenduduk padat terutama di kawasan berisiko tinggi seperti di sepanjang garisan gelinciran.

Berikut lima bandar raya paling berisiko dilanda musibah dahsyat disebabkan kedudukannya yang mana tiga daripadanya di Amerika Syarikat.


  • Tokyo, Jepun
    Wujud betul-betul di persimpangan tiga plat tektonik iatu Plat Amerika Utara, Plat Filipina dan Plat Pasifik. Sejarah panjang ibu negara Jepun itu dan biasa dilanda gempa bumi mendorong bandar raya berkenaan membina perlindungan tektonik ke paras maksimum. Ia juga dikatakan bandar raya paling bersedia di dunia untuk berdepan musibah gempa bumi.

  • Istanbul, Turki
    Gelinciran Anatolian Utara adalah terpanjang di dunia tetapi bandar raya yang menempatkan prasarana lama dan moden itu mendedahkan 13 juta penduduknya dalam risiko tinggi.

    Gegaran berukuran 7.4 pada skala Richter yang melanda Izmit, 101 kilometer dari Istanbul pada 1999 menjadikan bangunan abad ke-20 yang selalunya dibina dengan konkrit bercampur air masin selain tidak menghiraukan kod bangunan, rebah menyembah bumi yang meragut kira-kira 18,000 nyawa. 

  • Seattle, Amerika Syarikat
    Berdepan ancaman gempa bumi besar dan letusan gunung berapi Rainier. Ia terletak di atas sempadan tektonik aktif di sepanjang Plat Amerika Utara, Plat Pasifik dan Plat Juan de Fuca. Pemandangan menakjubkan Gunung Rainier sekadar memberi peringatan yang ia adalah gunung berapi ‘tidur’ atau senyap yang boleh mengatasi Gunung St Helen pada bila-bila masa. 

  • Los Angeles, Amerika Syarikat
    Sejak lebih 700 tahun lalu, gempa bumi kuat melanda wilayah berkenaan setiap 45 hingga 144 tahun. Gempa bumi besar terakhir berukuran 7.9 pada skala Richter berlaku 153 tahun lalu. Dalam erti kata lain, Los Angeles cuma menanti masa untuk digegarkan dengan satu lagi gempa besar. Gempa bumi seterusnya akan memberi impak buruk, termasuk memberi kesan kepada keseluruhan California Selatan yang didiami penduduk sekitar 37 juta. Bencana alam besar boleh membunuh antara 2,000 dan 50,000 penduduk dan menyebabkan kemusnahan bernilai berbilion dolar.

  • San Francisco, Amerika
    Mempunyai cuma 800,000 penduduk, San Francisco ialah satu lagi bandar raya besar di sepanjang pantai barat Amerika Syarikat yang boleh musnah akibat gempa bumi dan tsunami besar. Ia terletak berhampiran bahagian utara Gelinciran San Andreas. Ada beberapa gelinciran kecil yang terletak di seluruh bandar raya itu, meningkatkan kemungkinan gempa bumi dahsyat akan berlaku. 

    INFO: Definisi 


  • Gempa bumi: Fenomena gegaran bumi yang berlaku akibat gerakan bumi yang mengalami gelinciran di garis sesaran bumi ataupun disebabkan oleh aktiviti gunung berapi.

  • Tsunami: Perkataan Jepun bermaksud ‘ombak pelabuhan.’ Ia adalah satu fenomena ombak besar yang melanda pantai disebabkan kejadian gempa bumi di dasar laut. Aktiviti di dasar laut seperti tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan serta hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. 

  • Wednesday, February 23, 2011

    HASSAN DAN HASNAH


    HASSAN DAN HASNAH
    by Jasni & Nona Asiah ;)

    Hassan suka jaga lembu
    Hari-hari curi jambu
    Kalau nampak Tok Penghulu
    Tentu engkau kena palu

    Hasnah juga budak jahat
    Suka curi ikan sepat
    Kalau emak engkau lihat
    Tentu engkau kena sebat

    Jangan suka kata orang
    Engkau juga apa kurang
    Aku beri ikan parang
    Engkau makan tinggal tulang

    Gadis tidak tahu malu
    Suka jalan hilir hulu
    Masak nasi pun tak tahu
    Nanti siapa yang malu

    Hassan tidak suka mandi
    Badan dia banyak daki
    Kalau masuk ke perigi
    Ikan habislah mati
    Hassan tak suka mandi
    Badannya banyak daki
    Kawan-kawan semua habis lari

    Hasnah anak Tok Penghulu
    Rupa dia macam hantu
    Rambut dia menggerutu
    Tentu banyak simpan kutu

    Hassan simpan rambut panjang
    Pergi gunting dia segan
    Kalau orang lihat pandang
    Sangka dia rambutan
    Hassan berambut panjang
    Bergunting dia segan
    Seperti juga orang utan

    Engkau bodoh macam lembu
    Suruh belajar tak mahu
    Nanti baru engkau malu
    Alif sangka batang kayu

    Kita memang sama saja
    Tidak ada apa beza
    Tingkah orang tidak suka
    Kita ubah sampai jaya


    ~ lagu hari2 mesti nyanyi ~

    Saturday, January 22, 2011

    NYARIS MAUT DI LOKASI - BERITA HARIAN 23 JAN 2011

    Klik: Nyaris maut di lokasi Oleh Zul Husni Abdul Hamid



    MELIHAT tubuh kecil serta perwatakan genitnya, pasti ramai tidak menyangka gadis periang ini sebenarnya seorang yang lasak dan berani mencuba aktiviti mencabar. Keinginan itu direalisasikan sepenuhnya oleh Nuur Jihan Musa atau Jihan, 28, apabila dipelawa menjadi hos program, Destinasi Ke Destinasi siaran Astro Prima. 

    Hati naib juara Raja Lawak musim ketiga ini berbunga mekar tatkala lamaran itu datang. Umpama orang mengantuk disorong bantal, kesempatan itu dimanfaatkan Jihan untuk meneroka pelbagai aktiviti lasak yang menyeronokkan. Tidak pernah sesekali dia menyangka, Destinasi Ke Destinasi sebenarnya menuntut kudrat luar biasa daripada tubuh kecilnya untuk berdepan situasi di luar jangkaan.


    Dua insiden itu berlaku ketika mereka bertungkus lumus menyempurnakan penggambaran di kaki Gunung Kinabalu, Sabah dan Pulau Dayang, Johor. Kebetulan ketika penggambaran di dua lokasi itu berlangsung, keadaan cuaca tidak menentu membuatkan mereka terpaksa bergelut dengan pelbagai kesulitan. 

    Kata Jihan, pengalaman pertama yang mendebarkan berlaku ketika mereka menuruni Gunung Kinabalu dalam hujan lebat. 

    Tanpa disangka, perjalanan yang pada awalnya bermula lancar bertukar menjadi sebuah pengalaman yang hampir menagih nyawanya. 

    Hujan lebat menyebabkan aliran air deras berlari laju membuatkan mereka terpaksa berpaut pada pokok supaya tidak hanyut dibawa arus. 
    “Ketika di Pulau Dayang pula, saya nampak awan hitam berarak pantas di belakang kami. Laut bergelora ganas disertai ribut kencang menyebabkan perjalanan mengambil masa lebih panjang. Ketika itu, saya cuma mampu berserah kepada Tuhan. Tiada lain yang terlintas di fikiran kecuali mati. Dalam ketakutan itu, saya tenangkan diri dengan mengucap dua kalimah syahadah dan membaca ayat suci al-Quran berulang kali. 

    “Alhamdulillah, semua kesulitan itu dapat kami atasi tanpa berlaku sebarang kejadian buruk. Bila diimbas semula semua pengalaman itu, saya berterima kasih kepada Tuhan kerana berpeluang merasainya. Saya tidak menyesal biarpun terpaksa bertarung nyawa kerana semua itu membuatkan saya lebih menghargai kehidupan ini,” kata gadis itu merungkai satu persatu pengalaman mendebarkan yang dilaluinya. 

    Akui Jihan, sepanjang penggambaran Destinasi Ke Destinasi dia mendesak diri untuk menakluk perasaan takut yang menyelubungi kerana ingin memberikan yang terbaik kepada khalayak. Dia memujuk diri dengan berkata, jika tidak dicuba segala aktiviti yang terbentang di depan matanya, entah bila kesempatan berharga itu akan kembali bertandang. Dedah Jihan, dia sebenarnya takut berada di tempat tinggi selain rimas apabila melihat pacat berkeliaran. Tetapi kerana Destinasi Ke Destinasi, semua ketakutan itu berjaya ditawannya. 

    “Saya redah semuanya kerana penerbit mahukan program ini nampak realistik dan tidak dibuat-buat. Jangan ditanya apa perasaan saya ketika itu tetapi inilah masanya untuk saya mencuba aktiviti lasak seperti itu,” katanya. 

    Aktiviti lasak yang dicuba Jihan sepanjang program itu seperti abseiling, repelling, water rafting dan memandu pacuan empat roda merentasi arus deras. 

    “Ketika melakukan aktiviti water rafting, badan saya mengalami luka teruk apabila bot terbalik dan tubuh saya melekat di celah ranting dalam arus deras sungai. Saya membiarkan saja tubuh hanyut dibawa arus dan cuma melindungi muka supaya tidak cedera. Memang takut tetapi apabila selesai tugasan itu, saya menemui kepuasan yang sukar untuk digambarkan. Jujurnya program ini menuntut kekuatan stamina yang luar biasa. Namun kerana minat selain cinta kepada alam sekitar, saya terima pengalaman ini sebagai cabaran untuk menguji kekuatan diri,” katanya mengakui ada beberapa episod dirakamkan ketika umat Islam menyambut kemuliaan Ramadan. 

    “Program ini mengajar supaya menghargai alam dan menjaga anugerah Tuhan untuk diwarisi generasi akan datang kerana mereka juga berhak menikmati kekayaan dan khazanah alam semula jadi Malaysia,” katanya. 

    Belum mahu berhenti kerja 

    BARANGKALI kerjaya seninya semakin menyinar namun Jihan tetap setia dengan jawatan tetapnya sebagai Juruteknik Bangunan di Majlis Bandaraya Shah Alam. Jihan akui, dia belum bersedia meletak jawatan kerana masih memerlukan dahan teguh untuk berpaut sekali pun rezekinya dalam bidang seni mula terbuka. 

    Untuk penggambaran Destinasi Ke Destinasi, Jihan mengambil cuti tanpa gaji selama dua bulan kerana enggan menolak peluang berharga itu. 

    “Saya cepat bosan jika tidak bekerja. Jika diikutkan memang saya ralat kerana ada juga beberapa tawaran menarik terpaksa dilepaskan tetapi saya belum berani meletakkan jawatan. Tuhan mempunyai rencana-Nya sendiri. Apabila tiba masa dan karier seni saya juga stabil, baru saya berani berfikir lanjut untuk sepenuh masa menjadi anak seni,” katanya. 

    Ketika ini, anak kelahiran Shah Alam, Selangor itu aktif menerima tawaran berlakon dan sesekali turut diundang sebagai pengacara majlis. 

    Cuma kata Jihan, kebanyakan tawaran yang datang menjurus kepada watak komedi. Namun sebagai pelakon, dia ingin mempelbagaikan karakter kerana percaya mampu melakukannya. 

    “Saya belum bosan berlakon komedi. Memang membawakan watak komedi lebih santai dan bebas tetapi saya ingin sekali memainkan peranan serius. 
    Bagaimanapun, jika terus diberikan watak komedi saya tidak mampu menolak. Komedi sebenarnya menuntut sesuatu yang baru dan segar, selain banyak membaca untuk mencari idea yang relevan dengan situasi semasa,” katanya. 

    my lovely groovy dancing girl